Wednesday, November 12, 2008

KEM LITERASI AL-QURAN PERINGKAT DAERAH LANGKAWI 2008

PROGRAM TERAKHIR sebelum menutup tirai aktiviti j-QAF Daerah Langkawi pada sesi persekolahan 2008 ialah Kem Literasi Al-Quran yang diadakan di Masjid Al-Hana, Kuah Langkawi dengan melibatkan murid-murid iqra 1-3 sekolah-sekolah program j-QAF di Langkawi.
Kem Literasi Al-Quran kali ini melibatkan seramai 80 orang peserta dan 20 orang Fasilitator. Kem ini bermatlamat untuk membimbing murid-murid yang belum menguasai kemahiran Iqra' sehingga sekurang-kurangnya menguasai Iqra' 4.
Program bermula 8.00 pagi dan akan berakhir pada jam 5.30 petang. Semasa blog ini dikemaskini sedang berlangsung LDK 2.
Antara gambar kem. Gambar-gambar lain akan dimasukkan kemudian. InsyaAllah.







Gambar 1: Us. Mohd. Rokhaimi sedang menyampaikan taklimat kepada Fasilitator tentang perjalanan kem dan panduan LDK kepada para Fasilitator.



Gambar 2: Us. Ainuddin Arom (SKKT) sedang membimbing para peserta dalam LDK 1.



Gambar 3: Ustazah Syukriah (SKSN) sedang membimbing ahli kumpulannya.




Gambar 4: Ustaz Bashir Auni (SKPM) dan Ustaz Nasir (SKKD) mengendalikan Slot Khas 1 (Mari mengaji) dengan dibantu oleh Ustaz Mohd Rokhaimi (SKKD). Para peserta memberikan perhatian.



Gambar 5: Para peserta Kem Literasi Al-Quran Peringkat Daerah Langkawi 2008 pada kali ini.
Sekian, terima kasih.
Laporan oleh: Akhi Mizi






Sunday, November 9, 2008

JAWATANKUASA j-QAF DAERAH LANGKAWI 2008

Assalamualaikum,
Salam j-QAF...
Berikut adalah Senarai Jawatankuasa j-QAF Daerah Langkawi 2008. Sebarang cadangan aktiviti, atau usul dan cadangan perubahan Jawatankuasa j-QAF PPD Langkawi 2009 untuk kebaikan JK j-QAF Daerah Langkawi sila hubungi Pegawai Khas j-QAF PPD Langkawi, Us. Bahari Yaakob di talian: 019-4003274
JK j-QAF PPD Langkawi menggambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat berangkat ke Tanah Suci Makkah kepada Us. Bahari sekeluarga. Semoga beroleh haji yang mabrur.
Sekian, terima kasih.

**************************************************************
JAWATANKUASA j-QAF DAERAH LANGKAWI
SESI 2008
PENASIHAT
TN HAJI AZIZ BIN AHMAD BCK
( PEGAWAI PELAJARAN DAERAH LANGKAWI )

PENGERUSI
BAHARI BIN YAAKOB
( PEGAWAI KHAS j-QAF DAERAH LANGKAWI )

SETIAUSAHA
AHMAD TARMIZI BIN ISMAIL (SKPM)

PENOLONG SETIAUSAHA
MOHD NASRUL BIN KARIM (SKKT)

BENDAHARI
SITI HAJAR BT ADHLI (SKUM)


UNIT-UNIT

UNIT KURIKULUM
AMAR BIN MD NOH (SKE)

UNIT KO-KURIKULUM
JOHARI BIN ABDULLAH (SKL)

UNIT DATA DAN ANALISIS
MOHD ROKHAIMI BIN ZAKARIA (SKKD)

UNIT KEBAJIKAN DAN KEMASYARAKATAN
AHMAD NASIR BIN AWANG (SKKD)

UNIT PENERBITAN
MOHD ZULKIFLI BIN ISMAIL (SKL)

UNIT LATIHAN GURU
RUSFAZILA BINTI RAMLI (SKT)
"Langkawi Setanding"
Jawatankuasa j-QAF PPD Langkawi memohon maaf atas segala kekurangan dan kelemahan kami sepanjang memimpin j-QAF Langkawi.

Thursday, November 6, 2008

CERAMAH PENGUKUHAN KEM BESTARI SOLAT SK SERI NEGERI 2008

TAHNIAH kepada Unit j-QAF SK Seri Negeri, Langkawi di atas inisiatif pengajuran Ceramah Pengukuhan Kem Bestari Solat 2008. Aktiviti ini melibatkan hampir 800 peserta di kalangan murid sekolah tersebut dari tahun 1 hingga tahun 4. Guru-guru j-QAF SK Seri Negeri yang telah bertungkus-lumus melaksanakan aktiviti yang amat bermakna ini kepada pemantapan pelaksanaan program j-QAF di sekolah.
Syabas kepada pihak sekolah di atas penganjuran Ceramah tersebut dan di akhiri dengan Majlis Penutupan Kem Bestari Solat 2008 peringkat SK Seri Negeri.
Penceramah jemputan adalah Us. Ahmad Tarmizi Ismail (Guru Bahasa Arab j-QAF SK Padang Matsirat, Langkawi.) Program seumpana ini jelas menunjukkan kolaborasi antara warga guru j-QAF di Langkawi.
Tahniah SK Seri Negeri!


Gambar: Murid tekun mendengar ceramah yang disampaikan oleh Us. Ahmad Tarmizi Ismail


Gambar: En. Nasran (Penolong Kanan) menyampaikan ucapan.



Gambar: Pn. Yusnita selaku pengacara majlis merangkap guru j-QAF SK Seri Negeri.



ARTIKEL AKHIMIZI: MINGGU "OUT STATION" & RELEVANKAH BENGKEL PENGURUSAN ORGANISASI j-QAF DI SEKOLAH?

PETIKAN ARTIKEL BLOG AKHI MIZI

Oleh Akhi Mizi

ORANG lain tidak akan tahu apa yang terbuku dalam hati nubari kita, kecuali apabila mereka bertanya dan kita menjawab. Selain itu, jika kita sendiri yang bersedia untuk berkongsi dengan mereka.Begitulah dunia blog. Blogger yang menulis jurnal kehidupan mereka bukan hendak menunjuk-nunjuk apa yang mereka buat atau sampai ke tahap riyak. Sebenarnya blogger hendak berkongsi pengalaman kehidupan mereka. Saya sendiri tidak bersedia hendak menceritakan hal-hal yang terlampau sulit di blog hanya semata-mata hendak mengejar maksud yang bukan-bukan.

.........................

Saya mencadangkan beberapa perkara perlu diselaraskan dari sudut pelaksanaan kecuali perkara yang menjadi kesukaran untuk dilaksanakan di sekolah tersebut. Misalnya, ketika saya mencipta perisian-perisian data j-QAF yang ada di upload kan di Web Portal E-Jazirah Online di http://e-jazirah.bravehost.com/ saya amat teruja jika ia boleh dimanfaatkan oleh kawan-kawan yang lain. Di sekolah saya, hasil pemanfaatan tersebut jelas menampakkan analisa.

Selain itu, pengurusan organisasi j-QAF di sekolah juga harus dimantapkan dengan beberapa LDK atau Bengkel pengurusan surat-menyurat unit, Fail-fail, Dokumentasi, Analisa, Laporan, Penyediaan RPP, Pengurusan Buku Stok, Pengurusan Bilik j-QAF dan sebagainya yang berkaitan seni pengurusan di sekolah.

Baca selanjutnya di BLOG AKHIMIZI: http://akhimizi.blogspot.com

Sekian.

Wednesday, November 5, 2008

MESYUARAT KEM LITERASI AL-QURAN PERINGKAT DAERAH LANGKAWI KALI KE-2 2008

PADA 5 November 2008 - Jawatankuasa Kem Literasi Al-Quran Peringkat Daerah Langkawi bermesyuarat di PKG Kuah dengan dipengerusikan oleh Us. Bahari Bin Yaakob (Pegawai Khas j-QAF Langkawi).

Antara gambar Mesyuarat:










MAKLUMAN MESYUARAT KEM LITERASI AL-QURAN PERINGKAT DAERAH LANGKAWI KALI KE-2 2008

Assalamualaikum,

Mesyuarat tersebut seperti butiran berikut:

Tarikh: 5 November 2008
Tempat: PKG Kuah, Langkawi
Masa: 2.30 Petang

Makluman tambahan Pelaksanaan Kem Literasi Al-Quran Peringkat Daerah Langkawi 2008

Tarikh: 12 November 2008
Tempat: Masjid Al-Hana, Kuah
Masa: 8.00 Pagi - 5.30 Petang
Penyertaan: Murid-murid terpilih setiap sekolah program j-QAF di Daerah Langkawi

Urusetia dan Fasilitator yang dilantik diharap hadir. Sebarang pertanyaan sila hubungi Us. Bahari Yaakob (Pegawai Khas j-QAF PPD Langkawi) di talian: 019-4003274

Sekian.

Tuesday, November 4, 2008

ARKIB BERITA KOMUNITI PENGGAL KE-2 2008

Antara Berita Komuniti j-QAF Daerah Langkawi Penggal ke-2 Tahun 2008:
(3-4 November 2008) - Mesyuarat Pengisian Data e-Laporan Edisi Oktober 2008. Guru data j-QAF sekolah-sekolah Daerah Langkawi dijemput hadir di PKG Kuah. (8.00 pagi - 4.30 petang). Sebarang pertanyaan sila hubungi Us. Mohd Rokhaimi Zakaria di talian - 019-4765591

**************************************
(2 November 2008) - Kursus Khas GPI Program j-QAF Fasa 1. Semua guru j-QAF PPD Langkawi kohot 2005 & 2006 diwajibkan menghadiri kursus ini di INSPIN, Alor Star. 8.00 Pagi - 5.00 petang.

**************************************
(30 Oktober 2008) - Mesyuarat Kem Literasi Al-Quran Peringkat Daerah Langkawi 1/2008 di PKG Kuah. 3.00 Petang. AJK Kem Literasi Al-Quran Daerah sahaja dijemput hadir.
**************************************
(28-29 Oktober 2008) - Kursus Multimedia Pengajaran Dalam Bahasa Arab anjuran IPSAH dan PPDL 2008. Guru terpilih dijemput hadir.
**************************************
(21-22 Oktober 2008) - Kursus Pemantapan Guru Pendidikan Islam dan Guru Bahasa Arab program j-QAF 2008 diadakan di PKG Kuah. Semua guru j-QAF setiap kohot 2005-2008 terlibat.

**************************************

(18 Oktober 2008) - Majlis Khatam Al-Quran (MKQ) & Ihtifal j-QAF Peringkat Negeri Kedah telah diadakan di SMK Kuala Nerang, Kedah. Daerah Langkawi diwakili oleh 40 orang peserta untuk acara-acara yang dipertandingkan iaitu: Ujian Tilawah Al-Quran Lelaki, Ujian Tilawah Al-Quran Perempuan, Kuiz j-QAF, Kalam Jamaie dan Dikir Barat (Bahasa Arab). Kontinjen Langkawi telah memenangi acara Kuiz j-QAF (Tempat ke-3) dan Dikir Barat (Tempat ke-3). Tahniah kepada para peserta yang telah mengharumkan nama Langkawi tidak lupa juga kepada para jurulatih yang telah bertungkus-lumus melatih para peserta. Jasa guru-guru sekalian amat-amat dihargai. Tahun depan kita tingkatkan lagi usaha. InsyaAllah sejarah akan berubah.

**************************************

(6 Oktober 2008) - Majlis Khatam Al-Quran (MKQ) Peringkat Daerah Langkawi diadakan di SK Ulu Melaka. Pendaftaran peserta pada jam 8.00 pagi. Majlis Penutupan dan Penyampaian hadiah dan sijil pada jam 12.00 tengahari.

**************************************

(24 September 2008) - Mesyuarat Urusetia/ Pengurus Pertandingan/ Hakim Majlis Khatam Al-Quran (MKQ) Peringkat Daerah Langkawi diadakan di Bilik Mesyuarat SK Ulu Melaka pada jam 8.00 pagi.

**************************************

(7 September 2008) - Mesyuarat Majlis Khatam Al-Quran (MKQ) Peringkat Daerah Langkawi 2-2008 diadakan di Bilik Mesyuarat SK Ulu Melaka pada jam 3.00 petang.

**************************************

(7 Ogos 2008) - Mesyuarat Majlis Khatam Al-Quran (MKQ) Peringkat Daerah Langkawi 1-2008/1429H akan diadakan di Bilik Gemilang 1, PPD Langkawi pada jam 3.00 Petang. Setiap sekolah yang menerima surat jemputan akan diwakili oleh seorang Guru Besar dan seorang guru j-QAF.

**************************************

(27 Julai 2008) - Bahan-bahan kurikulum & panduan PI, j-QAF & BA terkini telah diuploadkan ke E-JAZIRAH ONLINE dan PORTAL INTERAKTIF SPPIM JPN Kedah. Sila download.

**************************************

(22 Julai 2008) - Mesyuarat di PKG Sungai Limau, Yan, Kedah. Daerah Langkawi diwakili oleh: Us Johari, Us Malik, Us Nasrul. Manakala yang tidak hadir bersebab ialah Us Bahari, Us Nasir, Us Rokhaimi dan Us Tarmizi. Tarikh-tarikh dan tempat kursus boleh di semak di PORTAL INTERAKTIF SPPIM KEDAH

**************************************

(17 Julai 2008) - Guru j-QAF berikut: (Johari Abdullah (SKL), Abdul Malik Isa(SKK), Mohd Rokhaimi Zakaria(SKKD), Ahmad Nasir Awang (SKKD) dan Ahmad Tarmizi Ismail(SKPM)) sila rujuk Blog: http://blogsppimkedah.blogspot.com/ untuk maklumat lanjut mengenai mesyuarat Pra-Kursus Pemantapan GPI j-QAF 2008 bertempat di PKG Sungai Limau pada 22 Julai 2008. Sila tunggu surat.

**************************************

(16 Julai 2008) - Arahan kepada semua guru j-QAF Negeri Kedah supaya mengedit profil peribadi di PORTAL INTERAKTIF SPPIM JPN Kedah di http://sppimked.bravehost.com/ mengikut kohort. Sila Klik mengikut Kohort: 2005 2006 2007 2008 - Kod Rujukan

**************************************

(13 Julai 2008) - Mesyuarat Penyelarasan Data j-QAF Negeri Kedah di PPD Kuala Muda/Yan, Sg. Petani. PPD Langkawi dihadiri oleh Ustaz Bahari Yaakob (Peg. Khas j-QAF) dan 2 orang guru j-QAF iaitu Ustaz Rokhaimi dan Ustaz Tarmizi.

**************************************

(10 Julai 2008) - Akhirnya setelah berhempas pulas menydiakan data E-LAPORAN j-QAF 6 bulan 1 2008 semua data sekolah-sekolah di Daerah Langkawi telah berjaya dikumpulkan dan akan diserahkan kepada JPN Kedah pada 13 Julai 2008. Terima kasih kepada semua guru j-QAF di atas komitmen yang diberikan dalam pelaksanaan j-QAF.

**************************************

(1 Julai 2008) - Buat rakan-rakan Guru j-QAF Daerah Langkawi: TARIKH akhir penyerahan DATA e-Laporan j-QAF dilanjutkan ke 10 Julai 2008. Maklumat lanjut sila hubungi Pegawai Khas j-QAF anda di talian: 019-4003274 (Us. Bahari Yaakob) Atau JLU: 019-4765591 (Us. Rokhaimi Zakaria)

**************************************

(24 JUN 2008) - RAKAN-RAKAN yang melayari BLOG ini sila meriahkan FORUM KOMUNITI j-QAF JPN Kedah. Sila klik FORUM.

**************************************

(18 JUN 2008) - MUSIM menyediakan data E-LAPORAN j-QAF 2008 kembali lagi. Pengisian data j-QAF kali ini ada sedikit perubahan yang tidak sangat ketara tetapi berbeza dengan format pengisian data E-LAPORAN j-QAF 2007.

Untuk sahabat-sahabat yang belum menerima CD perisian tetapi sudah diarah menyediakan data bolehlah download ESATU EDUA ETIGA EEMPAT ESEKOLAH dan PANDUAN (di LINK di sebelah kanan bawah page ini) untuk bersiap sedia lebih awal. Dan saya dapat tahu untuk ujian Jawi dan Al-Quran 6 bulan kena buat ujian ulangan (bagi sekolah yang dah buat ikut panduan tahun 2007) dengan format yang terkini. Yang belum buat ni masa nak buat. Dapatkan segera buku panduan ujian tersebut daripada Pegawai j-QAF Daerah masing-masing.

*** Webmaster hanya menyiarkan berita-berita penting. Tidak semua berita dapat disiarkan.

E-JAZIRAH ONLINE: Selamat Datang ke Dunia Blog

SEKAPUR SIREH, SEULAS PINANG
Semulus Rasa, Seputih Bicara,

Oleh Blog Editor E-JAZIRAH Online

Tahun 2008 bakal menutup tirai tidak sampai dua bulan lagi. Tetapi bagi dunia persekolahan tahun 2008 akan melabuhkan tirainya tidak sampai 2 minggu lagi. Tahun 2008 ini bolehlah dikatakan sebagai tahun ICT bagi Komuniti Maya Guru-guru j-QAF Daerah Langkawi khususnya, dan Komuniti j-QAF Kedah amnya.


Bagi saya, tahun ini sama ada disedari atau tidak oleh orang lain saya tetap teruja. Beberapa perkara baru telah berjaya dibawa masuk dalam komuniti guru-guru Pendidikan Islam dan Bahasa Arab khususnya Guru j-QAF.

Saya katakan begitu kerana beberapa sebab dan alasan. Mari kita perincikan bersama:

1. Tahun 2008 apabila disebutkan orang 5 atau 10 tahun lagi tentulah perkara yang paling akan saya ingat adalah pelancaran Website SPPIM JPN Kedah yang dikemaskini, E-JAZIRAH Online, Forum Komuniti j-QAF JPN Kedah (diurus oleh Ustaz Mohd Isa SK Hosba), Blog-blog j-QAF dan Blog-blog pegawai serta guru-guru j-QAF yang tumbuh subur dalam tahun 2008 ini.

2. Jika diperincikan satu persatu Website SPPIM JPN kedah (Portal Interaktif) lebih awal lagi dilancarkan pada Oktober 2007 di Grand Continantel, Alor Star oleh Yang Berusaha Tn. Hj. Mohd Rushdan Bin Azizan yang ketika itu merupakan Pen. Pengarah j-QAF SPPIM JPN Kedah. Kemudian selepas masalah teknikal saya selaku penyelaras telah mengubah ke tapak baru di http://sppimked.bravehost.com/.

3. Kewujudan satu portal SPPIM JPN Kedah belum mencapai maksud sebenar lagi. Justeru kemudian itu, saya melancarkan pula E-JAZIRAH Online (http://e-jazirah.bravehost.com/) sebuah website yang menjadi medan download. Inspirasi asal website ini adalah daripada Tn. Hj. Mohd Rushdan Azizan. Tetapi ada beberapa cerita misteri di sebalik kewujudan website ini yang tidak diketahui kecuali beberapa orang sahaja. Mengapa E-JAZIRAH Online? Ini percubaan pertama saya untuk memastikan adanya guru-guru yang memanfaatkan dunia ICT sebaik yang mungkin. Bukan sekadar untuk mencari bahan, bahkan ia medan perkongsian pintar. Sila rujuk kata-kata aluan saya di blog tersebut.

4. Tidak cukup itu, Tn. Hj. Mohd Rushdan yang sentiasa proaktif dan peka mencadangkan kewujudan satu lagi laman maya interaktif bersifat Forum. Pada masa ini saya memberi peluang dan ruang kepada Us. Mohd Isa (SK Hosba) untuk mengendalikannya. Alhamdulillah, sememangnya Us. Mohd Isa melaksanakan Forum Komuniti j-QAF Kedah dengan mantap sekali. Tahniah. Forum: http://jqafkedah.forumotion.com/

5. Setelah itu, saya mula teruja dengan dunia blog di kalangan komuniti. Saya mula berangan-angan untuk membawa cadangan ini ke JPN Kedah khususnya kepada pegawai-pegawai di SPPIM (Sekarang SPPI). Ternyata, dugaan saya tepat. Tn. Hj. Mohd Rushdan sekali lagi menyambut baik cadangan ini. Jauh di sudut hati saya terasa cukup kagum dengan sikap pegawai kami itu. Mesyuarat yang saya hadiri bersama sahabat karib saya Us. Mohd Rokhaimi (SK Kedawang) dan Us. Akmal (SK Seri Muda) di PSPN Kedah (sekarang BTP Kedah) kemudian menghasilkan impak yang maksima. Apa tidaknya kemudian itu, Blog SPPIM Kedah yang dikendalikan oleh Tn. Hj. Mohd Rushdan telah berjaya menjadi medan maklumat khususnya kepada warga guru Pendidikan Islam dan j-QAF di Negeri Kedah. Dalam masa yang sama, Blog Ustaz Musa Jayyid Mohamad Pegawai j-QAF JPN Kedah juga mendampingi dunia ini. Blog-blog pegawai yang lain kemudian mulai tumbuh tetapi tidaklah seaktif blog yang dikendalikan oleh Tn. Hj. Mohd Rushdan Azizan.

6. Selain itu, blog-blog sekolah pun mula dihidupkan. Blog-blog sekolah ini dikhususkan kepada aktiviti j-QAF di sekolah dan Daerah sama ada melibatkan aktiviti murid atau aktiviti guru. Blog-blog sekolah ini kemudian menjadi rujukan dan perkongsian maklumat yang berkesan dengan kemantapan dunia ICT. Malah ada di kalangan pengendali blog yang menyewa streamix, melanggan broadband wireless dan sebagainya semata-mata untuk memastikan blog dapat dihidupkan. Tahniah dan syabas. Berita-berita komuniti pun tersebar dengan cepat. Saya mengkhususkan di Kedah, banyak blog-blog j-QAF telah wujud. Di langkawi blog j-QAF SK Kedawang adalah yang pertama diwujudkan di kalangan blog-blog j-QAF selain Blog j-QAF SK Padang Matsirat, Blog j-QAF SK Kuala Teriang, Blog j-QAF SK Temoyong dan Blog j-QAF SK Sg. Menghulu. Barangkali ada lagi yang tidak disebutkan. (Link ada di sebelah).

7. Tidak ketinggalan ada juga kalangan guru yang aktif dalam dunia blog. Antaranya ialah Blog Amrusyam yang dikendalikan oleh Us. Amir Nason (JLU Bahasa Arab Kedah), Blog Akhimizi yang dikendalikan oleh saya sendiri Blog Jauhar dikendalikan oleh Us. Johari Abdullah (SK Langkawi), Blog Abu Anas dikendalikan oleh Us. Abdul Malik Isa (SK Kelibang). (Sekadar beberapa contoh). Mereka bukan sekadar berminat untuk menulis dan berblog malah kadang kala memberikan pandangan terhadap dunia pendidikan yang mereka ceburi. Tahniah kepada guru-guru yang proaktif ini.

Kesimpulannya, saya tidak akan lupa tahun 2008 yang menguja ini. Bagi orang lain, barangkali mereka mengingatinya dengan cara yang berbeza.

Dunia blog terus subur dalam diri para warga pendidikan khususnya guru-guru j-QAF di Kedah. Jika manfaat ini terus ditemani dengan jiwa yang kental dan semangat yang jitu, pasti teknodaie yang bukan sekadar mengajar di sekolah bahkan menyumbang kepada dunia yang lebih luas.

Saya mengambil kesempatan ini untuk melancarkan satu lagi Blog yang akan menemani E-JAZIRAH Online di tapak http://e-jazirah.bravehost.com/ sebagai buku catatan Komuniti Maya Guru-guru j-QAF di Langkawi.


Salam j-QAF.