Tuesday, January 20, 2009

SAMBUTAN ANDA TERHADAP E-JAZIRAH

DALAM kehidupan ini ada hukum keseimbangan. Ada cerah ada gelap. Ada putih ada hitam. Ada baik ada jahat. Ada cantik ada huduh. Ada baru ada buruk. Ada sihat ada sakit dan macam-macam lagi lah.

Tetapi hukum keseimbangan akan lebih bagus apabila ia berjalan secara teratur. Seperti e-jazirah wujud sebagai sebuah Portal Download. Ia tidak wujud jika tidak ada inisiatif guru-guru j-QAF dan aspirasi pegawai. Ia tidak berkembang tanpa ada pengunjung yang bertamu untuk download bahan-bahan j-QAF dan pelbagai panduan.

Justeru, selepas 10 bulan aktif di tapak http://e-jazirah.bravehost.com/ ia telah over bandwith. Sebagai gantinya saya memindahkan semua bahan ke http://e-jazirah2u.bravehost.com/. Persoalannya, mengapa ada 2u? seolah-olah meniru sebuah institusi kewangan pula.

Alasannya mudah 2u atau to you adalah sama saja. Sebab itu konsepnya masih percuma kerana ia adalah sememangnya percuma walaupun bukanlah senang menyediakannya. Namun, e-jazirah kini disebut di serata sekolah, pejabat, ipg, universiti dll seluruh Malaysia. Bahkan rakan lama webmaster juga ada menghubungi mengucap mabruk kerana mewujudkan Portal Download tersebut.

Itulah cara yang termampu saya lakukan. Sebab itu saya pohon maaf kalau ada e-mel yang tidak sempat dibalas, ada sms yang tidak terbalas, ada permintaan yang tidak tertunai. Saya juga bertugas seperti guru-guru lain.

Teruskan melayari e-jazirah2u. Tanpa anda e-jazirah2u tidak akan wujud. Mungkin suatu masa nanti e-jazirah atau e-jazirah2u akan bertukar kepada e-jazirah.net atau e-jazirah.com. Itupun jika ada penaja.

Wassalam.

BLOGMASTER
Akhi Mizi.
myakhimizi@yahoo.com

Tuesday, January 13, 2009

e-jazirah KEPADA e-jazirah2u.bravehost.com

WEBMASTER ingin memohon maaf di atas masalah teknikal Portal Download E-Jazirah di tapak asal http://e-jazirah.bravehost.com yang bertukar kepada Portal beralamat baru tetapi wajah tetap sama di: http://e-jazirah2u.bravehost.com mulai tarikh 11/1/2009.

Rakan taulan j-QAF yang menghadapi kesulitan untuk download bahan bolehlah mula download kerana Portal baru telah diaktifkan.

Sekian, terima kasih.

Sebarang masalah sila sms kepada Akhi Mizi atau Call terus pun boleh: 0195785596

Akhi Mizi

Thursday, January 8, 2009

SELAMAT BERTUGAS SESI 2009

Salam j-QAF,

Blogmaster mengucapkan selamat bertugas kepada semua warga Pendidikan khususnya Guru-guru j-QAF di Daerah Langkawi bagi sesi 2009.

Download Bahan di http://e-jazirah.bravehost.com/

Kemusykilan boleh hubungi Akhi Mizi: 0195785596

CD Bahasa Arab Tahun 1 masih ada. Seunit RM 30

Bagi rakan-rakan yang nak Praktikum (j-QAF 2008), Selamat menjalani Praktikum. Semoga anda semua rajin dan bersungguh-sungguh.

Bagi yang lain-lain teruskan kerajinan dan tingkatkan.

Salam.