Tuesday, January 20, 2009

SAMBUTAN ANDA TERHADAP E-JAZIRAH

DALAM kehidupan ini ada hukum keseimbangan. Ada cerah ada gelap. Ada putih ada hitam. Ada baik ada jahat. Ada cantik ada huduh. Ada baru ada buruk. Ada sihat ada sakit dan macam-macam lagi lah.

Tetapi hukum keseimbangan akan lebih bagus apabila ia berjalan secara teratur. Seperti e-jazirah wujud sebagai sebuah Portal Download. Ia tidak wujud jika tidak ada inisiatif guru-guru j-QAF dan aspirasi pegawai. Ia tidak berkembang tanpa ada pengunjung yang bertamu untuk download bahan-bahan j-QAF dan pelbagai panduan.

Justeru, selepas 10 bulan aktif di tapak http://e-jazirah.bravehost.com/ ia telah over bandwith. Sebagai gantinya saya memindahkan semua bahan ke http://e-jazirah2u.bravehost.com/. Persoalannya, mengapa ada 2u? seolah-olah meniru sebuah institusi kewangan pula.

Alasannya mudah 2u atau to you adalah sama saja. Sebab itu konsepnya masih percuma kerana ia adalah sememangnya percuma walaupun bukanlah senang menyediakannya. Namun, e-jazirah kini disebut di serata sekolah, pejabat, ipg, universiti dll seluruh Malaysia. Bahkan rakan lama webmaster juga ada menghubungi mengucap mabruk kerana mewujudkan Portal Download tersebut.

Itulah cara yang termampu saya lakukan. Sebab itu saya pohon maaf kalau ada e-mel yang tidak sempat dibalas, ada sms yang tidak terbalas, ada permintaan yang tidak tertunai. Saya juga bertugas seperti guru-guru lain.

Teruskan melayari e-jazirah2u. Tanpa anda e-jazirah2u tidak akan wujud. Mungkin suatu masa nanti e-jazirah atau e-jazirah2u akan bertukar kepada e-jazirah.net atau e-jazirah.com. Itupun jika ada penaja.

Wassalam.

BLOGMASTER
Akhi Mizi.
myakhimizi@yahoo.com

No comments: