Thursday, September 3, 2009

TANPA UPDATE

Assalamualaikum,


Blog ini sudah lebih 60 hari bercuti. Tapi bukan (MC) Cuti sakit. Juga bukan cuti bersalin. Walaupun dalam tempoh 60 hari adalah menyamai cuti untuk pegawai wanita yang bersalin (pekeliling lama). Pekeliling baru pegawai wanita layak mendapatkan cuti lebih awal dari tarikh bersalin. Justeru, habis pantang terus masuk kerja.Blog ini tidak berpantang.

Tidak juga bercuti kerana dapat MC atau mohon MC, tetapi blog ini adalah blog Tanpa Update untuk tempoh yang lama.


Kepada para pengunjung, sila layari lagi di lain masa. Manalah tahu kalau-kalau lain masa nanti blog ini sudah update!


Wassalam.

Tuesday, June 30, 2009

PENGUMUMAN: Portal Download E-Jazirah Online Over Bandwith

Assalamualaikum warahmatullah,

Pengumuman penting:WEB Portal Download Bahan-bahan Pendidikan Islam, j-QAF dan Bahasa Arab E-Jazirah Online di http://e-jazirah2u.bravehost.com sudah over bandwith. Ini adalah kali kedua e-jazirah online menerima nasib serupa. Ini menunjukkan terlalu banyak user yang download menerusi e-jazirah online.


Terima kasih atas sokongan.


Selaku Web Editor saya memohon maaf dan insyaAllah akan diselenggarakan nanti.Sebarang masalah boleh emelkan kepada saya myakhimizi@yahoo.com atau sms ke no HP saya: 0195785596.


Sekian,

Akhi Mizi
http://akhimizi.blogspot.com

Sunday, June 21, 2009

MUKHAYYAM BAHASA ARAB DAERAH LANGKAWI 2009

Mukhayyam Bahasa Arab Daerah Langkawi telah dilaksanakan pada 18-20 Jun 2009 bertempat di Tapak Perkhemahan LISRAM, Langkawi. Berikut antara gambar sepanjang Mukhayyam. Gambar-gambar lain di Blog Ustaz Abdul Somad Abdullah.

Gambar 1: Latihan Kawad kaki Bahasa Arab.



Gambar 2: Hj. Aziz Bin Ahmad (PPD Langkawi) menyampaikan ucapan perasmian.


Gambar 3: Para peserta sempat dibawa melawat padang menembak di Lapang sasar.



Gambar 4: LDK dan Bengkel.



Gambar 5: Pembentangan pelajar dikendalikan oleh Us. Tarmizi.




Gambar 6: Hasil kerja murid dalam bengkel.





Gambar 7: Ustaz Khairul Anuar (Pen. Pengarah Bahasa Arab) SPI JPN Kedah menyampaikan ucapan dan taujihat.



Gambar 8: Fasilitator menghidangkan makanan kepada para peserta.




Gambar 9: Persembahan peserta.




Gambar 10: Perasmian penutupan oleh: Yang Berbahagian Tn. Hj. Muhd Rushdan Azizan (Pen. Pengarah Kanan Kurikulum (Men) SPI JPN Kedah.


Semoga tahun-tahun akan datang diadakan lagi! InsyaAllah.

Wednesday, April 1, 2009

PENDAFTARAN: SEMUA GURU j-QAF PPD LANGKAWI SILA DAFTAR DENGAN E-JAZIRAH

Salam j-QAF,

MAKLUMAN kepada semua Guru j-QAF di Daerah Langkawi sila daftar dengan E-Jazirah Online untuk kemudahan bersama.

KOHORT :
BIL :
NO MYKAD :
NAMA :
JANTINA :
BIDANG IJAZAH :
INSTITUSI :
OPSYEN :
IPG :
NO HP PERIBADI :
SEKOLAH :
KOD SEKOLAH :
TEL (P) :
FAX (P) :
TAHUN LAKSANA j-QAF :
STATUS PERJAWATAN : Contoh: GDL/GST/PPPS

Hantar kepada myakhimizi@yahoo.com

Tolong sebarkan kepada semua.

Wasssalam

Sunday, February 1, 2009

SELAMAT MENJALANI PRAKTIKUM

KOMUNITI MAYA GURU j-QAF DAERAH LANGKAWI menerusi Blog E-JAZIRAH Online mengucapkan....

Selamat Menjalani Praktikum kepada semua Guru Dalam Latihan (GDL) j-QAF yang sedang menjalani praktikum di sekolah-sekolah masing-masing selama 12 minggu bermula 18 Januari 2009.

Selamat menempuhi alam yang amat penting sebelum menamatkan perjuangan di IPGM.

Harapan semoga semuanya akan berjaya cemerlang dalam praktikum.

Sekian, terima kasih.

Tuesday, January 20, 2009

SAMBUTAN ANDA TERHADAP E-JAZIRAH

DALAM kehidupan ini ada hukum keseimbangan. Ada cerah ada gelap. Ada putih ada hitam. Ada baik ada jahat. Ada cantik ada huduh. Ada baru ada buruk. Ada sihat ada sakit dan macam-macam lagi lah.

Tetapi hukum keseimbangan akan lebih bagus apabila ia berjalan secara teratur. Seperti e-jazirah wujud sebagai sebuah Portal Download. Ia tidak wujud jika tidak ada inisiatif guru-guru j-QAF dan aspirasi pegawai. Ia tidak berkembang tanpa ada pengunjung yang bertamu untuk download bahan-bahan j-QAF dan pelbagai panduan.

Justeru, selepas 10 bulan aktif di tapak http://e-jazirah.bravehost.com/ ia telah over bandwith. Sebagai gantinya saya memindahkan semua bahan ke http://e-jazirah2u.bravehost.com/. Persoalannya, mengapa ada 2u? seolah-olah meniru sebuah institusi kewangan pula.

Alasannya mudah 2u atau to you adalah sama saja. Sebab itu konsepnya masih percuma kerana ia adalah sememangnya percuma walaupun bukanlah senang menyediakannya. Namun, e-jazirah kini disebut di serata sekolah, pejabat, ipg, universiti dll seluruh Malaysia. Bahkan rakan lama webmaster juga ada menghubungi mengucap mabruk kerana mewujudkan Portal Download tersebut.

Itulah cara yang termampu saya lakukan. Sebab itu saya pohon maaf kalau ada e-mel yang tidak sempat dibalas, ada sms yang tidak terbalas, ada permintaan yang tidak tertunai. Saya juga bertugas seperti guru-guru lain.

Teruskan melayari e-jazirah2u. Tanpa anda e-jazirah2u tidak akan wujud. Mungkin suatu masa nanti e-jazirah atau e-jazirah2u akan bertukar kepada e-jazirah.net atau e-jazirah.com. Itupun jika ada penaja.

Wassalam.

BLOGMASTER
Akhi Mizi.
myakhimizi@yahoo.com

Tuesday, January 13, 2009

e-jazirah KEPADA e-jazirah2u.bravehost.com

WEBMASTER ingin memohon maaf di atas masalah teknikal Portal Download E-Jazirah di tapak asal http://e-jazirah.bravehost.com yang bertukar kepada Portal beralamat baru tetapi wajah tetap sama di: http://e-jazirah2u.bravehost.com mulai tarikh 11/1/2009.

Rakan taulan j-QAF yang menghadapi kesulitan untuk download bahan bolehlah mula download kerana Portal baru telah diaktifkan.

Sekian, terima kasih.

Sebarang masalah sila sms kepada Akhi Mizi atau Call terus pun boleh: 0195785596

Akhi Mizi